
KELAB PENCINTA ALAM,
MAKTAB SULTAN ABU BAKAR,
JOHOR BAHRU


GO GREEN!

Hello,
a bit about me:
Kelab Pencinta Alam (KPA) telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Ogos 1991 dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif KPA adalah untuk menjaga, memahami dan penglibatan dalam alam sekitar di kalangan para pelajar sekolah. KPA bermula dengan 12 sekolah perintis di Semenanjung Malaysia. Kini, KPA terdiri lebih daripada 200 buah sekolah dan melibatkan lebih daripada 8,000 pelajar sekolah mahupun daripada sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Setiap KPA mempunyai seorang guru penasihat yang telah dilatih oleh MNS melalui Bengkel Guru Penasihat MNS.
Logo MNS dan KPA Gambar logo
Alam : Animalia Berat : 250 – 300 kg
Filum : Chordata Panjang : 1.8 – 2.4 m
Kelas : Mammalia Tinggi : 90 – 107 cm
Order : Perissodactyla Umur ke dewasa : 2.5 – 3.5 tahun
Famili : Tapiridae Tempoh kehamilan : 400 hari
Genus : Tapirus Umur maksimum : 30 tahun
Spesies : Tapirus indicus Makanan : Rumput, Rumpair, Daun, Ranting,
Pucuk, Buah-buahan
Dikenali sebagai Malayan Tapir ataupun Asian Tapir. Ia merupakan tapir terbesar di antara empat spesies tapir yang lain dan berasal dari Asia. Malayan Tapir boleh dijumpai di kawasan tanah rendah dan berpaya Hutan Hujan Tropika. Tapir betina biasanya bersaiz lebih besar daripada tapir jantan. Anak tapir pula berbulu coklat,berbelang dan bertompok putih. Mereka mempunyai ekor yang pendek. Selain itu, mereka mempunyai 4 jari kaki di kedua-dua belah kaki hadapan dan 3 jari kaki di kedua-dua belah kaki belakang. Malayan Tapir juga memiliki deria bau dan pendengaran yang baik. Namun, jarak penglihatan Tapir adalah lemah. Walau bagaimanapun, tapir di golongan dalam senarai haiwan-haiwan terlindung kerana populasi tapir semakin berkurangan. Sila klik sini untuk lebih maklumat mengenai Malayan Tapir.
Matlamat
- Melahirkan generasi yang mempunyai sifat cinta akan keaslian dalam semula jadi.
- Membolehkan pelajar belajar menghargai hidupan dan alam semula jadi melalui aktiviti yang diadakan.
- Menyebarkan maklumat mengenai kepentingan memelihara sumber alam bagi mengelakkan kepupusan sumber alam.
Objektif
-
- Menyemai nilai cintai alam sekitar di kalangan ahli-ahli
-
- Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna
-
- Supaya para pelajar dapat melihat ekosistem semula jadi dalam konteks yang berbeza
-
- Dapat mengenalpasti masalah berkaitan dengan kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha mengelakkannya terjadi.
-
- Melahirkan minat-minat belajar di kalangan pelajar
-
- Mewujudkan sikap bekerjasama di kalangan para pelajar.
-
- Mengeratkan hubungan para pelajar tanpa mengira bangsa, umur dan jantina
-
- Menyokong aktiviti anjuran MNS(Malaysian Nature Society)
-
- Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar
-
- Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar
-
- Melahirkan generasi yang prihatin terhadap alam semula jadi
-
-